Wednesday, 6 February 2013

Cerita Teka-Teki

"Bat, kau tau tak yang pompuan lagi kuat dari lelaki?"
"Apahal pulak?"

"Yela, kau takkan tak tau, pompuan pegi mana-mana mesti bawak dua buah gunung, lelaki hanya mampu bawak dua bijik buah jek,"

"Kah Kah Kah, bangang,, tapi betul jugak ea? "

If you know what I mean..



Tuesday, 5 February 2013

Cerita Bangang

"Lawa-lawa ni nak pegi mana mak?"
"Mak nak pegi mengumpat dengan Datin Sally ni, Angah, nanti pukul 5 angkat baju"

"Habis kalau hujan pukul 4 kena angkat pukul 5 jugak ke mak?"
"Kau jangan la bangang sangat nak tunggu dah hujan baru nak angkat baju"

Along berdekah gelak dengan mak bila aku kena bangang setepek,, PADUUUUU




Monday, 4 February 2013

Cerita Zoo


"Bat, kau penah pegi zoo tak?"
"Penah la,ingat aku jakun sangat ke?"

"Oh,mesti kau penah jumpa beruang kat sana kan?"
"Penah la,yang kau pehal macam polis pencen ni?"

"Takdela, aku tengok kau dah sebijik macam beruang kat zoo tu, muka berbulu,badan besar beruang, berminyak pulak tu, cuti tu cuti jela,gatal ikut orang kontrak buat apa?"

"Hahaha,nanti nak naik cuti aku asah shaver tajam-tajam, biar dari UTM sampai UKM awek-awek terpikat tengok aku."